A N I S 97

::: spread THE LOVE will be her All-Time favourite :::

Tuesday, April 27, 2010

~~~~~~~Yeeeehooowkkkkkk~~~~~~~~

inscribed by aNiSr 97 |

saya suka~


saya gembira~

saya teruja~

saya tak terkata~

lalallalalalalalalalala~




Tuesday, April 27, 2010

Lacy Macy~ Sassy!

inscribed by aNiSr 97 |

First of all, million-gazzilion thanks to Miss Nurulhuda for her superb post. Read it on Sunday~ serta merta mengerah, mengarah meminta pertolongan dan jasa baik bonda dan ayahanda untuk berlari berkejaran ke Kedai Bunga Reben @ Plaza City One semalam~ 


Alhamdulillah, doa termakbul dan impian tercapai~ *mak aih,cam nak amik result SPM ;p*

 
Aren't they lovely~ and it smells cam zaman nenek dulu tau~;D 
oh how much i miss my grandma :"(

The Details~

And think gonna rent these lovely pair to Bride-To-Be out there~ But errr~ can i rent it out after my Big Day~ please.... ;p *might reconsider~*

Namun begitu, belum sempat 24jam, saye dah ade customer~ Mekasih Chek Keah Anil Lutaze yang BBM saya tentang peluang perniagaan ini~ And the lucky customer is Miss Naimah~ tapi belum confirm lagi la bile die nak amik~ ;D kerana beliau dah nak tawen this weekend dan beliau pula di Perak ye~ (OMG! Sekiranya saya di tempat anda, pastinya saya cuak sehingga memakse mak andam jadikan payung biase kepada payung French Lace / Solltiss dan dan tu jugak ;p) Memikirkan saya harus berjasa untuk B2B, jadi saya membuka peluang untuk kali ini~

To all B2B yang gorgeous out there, do leave your comment (of course your e-mail as well ;D) should you interested in this sassy pair ;p wah!

Tuesday, April 27, 2010

Martha Steward

inscribed by aNiSr 97 |

is coming to Malaysia~ WOOooOOooOWiiIIIiieeee~ *hik~ tetibe je ;p*

Martha Stewart Kunjungi Malaysia Seminggu Mulai 19 Mei

NEW YORK: Selebriti program bual bicara terkenal Amerika Syarikat, Martha Stewart akan berkunjung ke Malaysia bersama satu kumpulan berprofil tinggi selama seminggu mulai 19 Mei ini.

Tourism Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini berkata, kumpulan itu yang diketuai Datin Amy Hamidon, isteri Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York Datuk Hamidon Ali, turut disertai chef terkenal yang juga pemilik restoran Fatty Crab di New York, Zakary C. Pelaccio, dan arkitek seni taman Memrie Mosler Lewis.

"Kami telah atur pelbagai program bagi Martha Stewart dan kumpulannya,” kata Naib Presiden Tourism Malaysia di New York, Salahuddin Mohd. Ariffin dalam kenyataan itu.

Memandangkan beliau merupakan antara jenama paling terkenal di dunia, kunjungan Stewart dijangka memberi publisiti meluas tentang Malaysia melalui program yang disertainya.

Salahuddin berkata, kunjungan yang ditaja oleh Tourism Malaysia itu bertujuan mempamerkan kepada kumpulan berkenaan wajah sebenar Malaysia di sebalik konsep 1Malaysia untuk disebarkan kepada penduduk Amerika tentang keunikan Malaysia, termasuk daripada segi budaya penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keenakan makanan tempatan.

Semasa berada di Malaysia, Stewart dijadual menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan menghadiri pertunjukan “The Colours of Malaysia” serta beberapa program lain di seluruh negara. – BERNAMA


*tetibe rase cam nak masak untuk Chenta Hati* yeah rite~ ;p  
 

Tuesday, April 06, 2010

6 Rabiul Awal 1431 Hijrah

inscribed by aNiSr 97 |


*skema kerajaan sangat!*

Alhamdulillah~kami selamat ditunangkan pada 20.02.2010, Sabtu~ 
Berikut saya kongsi para sekalian yang telah menghebatkan dan mencantikkan majlis pertunangan kami~



Baju Kurung Moden oleh DzullDeClassique~
Kisah Di Sebalik : *orang lain yang jahit tetapi menghampakan, pakej termasuk siap kutuk kualiti kain dan memporakperandakan kedudukan butiran manik-manik dan mutiara baju saya tetapi DzullDeClassique telah menyelamatkan segalanya*



Gubahan Hantaran oleh Wedding By Sher
Kisah Di Sebalik : Menggunakan khidmat 2 buah kenderaan untuk mengangkut semua barangan ini~


Katering oleh Kakak Ipar, Ayahanda Bonda dan Saudara Mara
Kisah Di Sebalik : Hi-Tea ~ Dari lima jenis ke berbelas jenis kot? ;p Semua peralatan hidang adalah milik kakak ipar saya~
Berikut juga adalah pulut panggang kegemaran-sampai-mati saya dan seketul saja yang berjaya saya jamah pada hari tersebut dan diselang seli dengan air kordial anggur sejuk itu~


Khemah dan Meja Kerusi oleh RZ 
Kisah di sebalik : Khemah dan meja bogel saja kami pinta kerana Mak Anjang saya telah menawarkan khidmat dan peralatan beliau untuk menghiasinya serba indah dengan warna tema yang telah ditetapkan~



Mini Pelamin, Scallop, Skirting dan Hiasan Bunga oleh Mak Anjang saya dari Muar~ D Warisan Berzaman
Kisah di sebalik : Kami ikat reben kat kerusi beramai-ramai dan sangat fun please! 0h maaf~ kami sangat gembira dan teruja!


Photographer @ Jurugambar oleh Den Eskay Photography
Kisah Di Sebalik : Suami kepada Puan Syaheeda yang saya sangat suka setiap hasil akhir beliau~ Di samping isteri beliau yang beria-ria mahu suaminya dipilih untuk ke peringkat akhir. Walaupun sememangnya suami beliau telah terpilih dari awal lagi~



Veil, Dandanan dan Solekan oleh Pengantin Andaman
Kisah Di Sebalik : Beliaulah yang memperkenalkan kami berdua~ *oh bahagia* ;D 

yang ini adalah hasil tangan saya beberapa jam sebelum majlis~ 

nanti saya update lagi :D

*saya tahu terdetik di hati kalian sebelum membuka blog ini dengan mengatakan :
 *eyyy anis dah apdet blog ;D*;p

                                                                     

Subscribe