*skema kerajaan sangat!*
Alhamdulillah~kami selamat ditunangkan pada 20.02.2010, Sabtu~
Berikut saya kongsi para sekalian yang telah menghebatkan dan mencantikkan majlis pertunangan kami~

Baju Kurung Moden oleh DzullDeClassique~
Kisah Di Sebalik : *orang lain yang jahit tetapi menghampakan, pakej termasuk siap kutuk kualiti kain dan memporakperandakan kedudukan butiran manik-manik dan mutiara baju saya tetapi DzullDeClassique telah menyelamatkan segalanya*
Gubahan Hantaran oleh Wedding By Sher
Kisah Di Sebalik : Menggunakan khidmat 2 buah kenderaan untuk mengangkut semua barangan ini~
Katering oleh Kakak Ipar, Ayahanda Bonda dan Saudara Mara
Kisah Di Sebalik : Hi-Tea ~ Dari lima jenis ke berbelas jenis kot? ;p Semua peralatan hidang adalah milik kakak ipar saya~
Berikut juga adalah pulut panggang kegemaran-sampai-mati saya dan seketul saja yang berjaya saya jamah pada hari tersebut dan diselang seli dengan air kordial anggur sejuk itu~
Khemah dan Meja Kerusi oleh RZ
Kisah di sebalik : Khemah dan meja bogel saja kami pinta kerana Mak Anjang saya telah menawarkan khidmat dan peralatan beliau untuk menghiasinya serba indah dengan warna tema yang telah ditetapkan~
Mini Pelamin, Scallop, Skirting dan Hiasan Bunga oleh Mak Anjang saya dari Muar~ D Warisan Berzaman
Kisah di sebalik : Kami ikat reben kat kerusi beramai-ramai dan sangat fun please! 0h maaf~ kami sangat gembira dan teruja!
Photographer @ Jurugambar oleh Den Eskay Photography
Kisah Di Sebalik : Suami kepada Puan Syaheeda yang saya sangat suka setiap hasil akhir beliau~ Di samping isteri beliau yang beria-ria mahu suaminya dipilih untuk ke peringkat akhir. Walaupun sememangnya suami beliau telah terpilih dari awal lagi~
Veil, Dandanan dan Solekan oleh Pengantin Andaman
Kisah Di Sebalik : Beliaulah yang memperkenalkan kami berdua~ *oh bahagia* ;D
yang ini adalah hasil tangan saya beberapa jam sebelum majlis~
nanti saya update lagi :D
*saya tahu terdetik di hati kalian sebelum membuka blog ini dengan mengatakan :
*eyyy anis dah apdet blog ;D*;p













.jpg)








