A N I S 97

::: spread THE LOVE will be her All-Time favourite :::

Monday, May 10, 2010

Oh Really?

inscribed by aNiSr 97 |

*ehemmm~betulkan kotak suara* *am freaking shivering now while typing this entry, Astaghfirullah~ jauhkan la saya dari sebarang emosi yang luar biasa*


maafkan saya cik yang dah jadi puan~

izinkan saya bersuara (tak izin pon takpe~)~ jauh sudut hati saya, terfikir sejenak~ sape yang kurang sopan terhadap seorang 'makcik' tu~ menurut beberapa saksi yang saya langsung tak tanye pape pon kepada mereka, mereka terus menyatakan yang sebenarnya tindakan anda yang seperti tidak mahu bersalaman dengan 'makcik' itu disedari oleh Encik Tunang anda (ketika itu), lalu anda ditegur/dicuit oleh Encik Tunang anda (anda) maka terjadilah aksi anda seolah terkejar-kejar dan terpanggil-panggil 'makcik' itu untuk bersalaman~ penangan kasih sayang Encik Tunang anda (ketika itu) terhadap anda sangatlah hebat ketika itu~ sangat 'sopan' sehinggakan 'makcik' itu pon tidak terkata dengan lagak anda~ wah! saya sangat kagum dengan 'kesopanan' anda~ rasa teruja! saksi-saksi kejadian memaklumkan kepada saya tanpa saya langsung berminat untuk bertanya~ 

dan anda juga menyatakan 'makcik' itu harus lebih matang~ hmmm~ i reserved my comment sbb kenyataan anda sangatlah 'manis dan berbudi bahasa'~ sesungguhnya 'makcik' itu terus mengatakan kepada saya yang Encik Tunang anda (ketika itu) datang bersalam dengan 'makcik' itu dan beliau sangat terharu kerana Encik Tunang anda (ketika itu) berbudi bahasa dan masih mahu menegur beliau~ dan saya juga sangat menghargainya kerana Encik Tunang anda (ketika itu) masih menghormati 'makcik' itu~ 'makcik' itu juga menghargai anda sudi bersalaman dengan beliau~ tetapi jika anda tidak mahu menghormati 'makcik' itu, tiada masalah, kerana seperti kata anda, tidak perlu melibatkan anda bukan? dan ketika itu, jika anda berlagak kurang sopan dengan 'makcik' itu, saya tahu apa yang perlu saya lakukan, tetapi usah khuatir, apa yang akan saya lakukan terhadap anda, tidak akan berlaku di khalayak orang~hanya doa dari hati kecil saya sahaja mengiringi anda~

dan untuk pengetahuan anda, anda sungguh 'sopan' dengan rakan-rakan saya sehinggakan rakan-rakan saya sangat dan seringkali mengambil hati dengan sikap anda yang acuh tidak acuh itu~ oh ya~ bukan kali pertama saya mendengarnya dan bukan seorang sahaja yang terkena dengan 'budi bahasa' anda itu~


dan Alhamdulillah, berkat doa dah-takde-orang lain atau memang-dah-takde lain-itu, masih ada jodoh buat saya~saya bersyukur~ kalau tak tau pasal mende-mende yang lepas tu, janganlah sesuka hati merapu okeh? saya berpendapat anda perlu periksa pihak mana yang plan sesuka hati~ pendapat saya memang tiada pihak yang plan sesuka hati kerana ketika itu, masing-masing sudah suka sama suka dan suka hati~ dan rasanya saya juga tidak perlu nak menceritakan mengapa dan bagaimana ia berlaku~ mungkin anda telah mendapat versi-separa-sebenar (oh pastinya~ takkan orang nak cerita yang tak best didengar bukan) tapi tidak mengapalah~saya redha dan bersyukur atas tuduhan anda yang berasas dan bernas itu~

sesungguhnya saya tidak mahu mencoretkan tentang anda mahupun Encik Suami anda (kini) di dalam blog saya kerana perlukah?~ seperti kata anda, yang sudah lepas,tetap lepas~ namun apabila melibatkan 'makcik' itu, ehemmm~ saya rasa tidak pernah saya nak mengutuk/mengeji/mengata ibu-ibu orang lain di dalam blog kot? lalalalalala~ oh jangan risau, 'makcik' itu seorang pemaaf dan beliau juga telah membaca post anda yang hebat itu~ 'makcik' itu juga memohon maaf dengan seikhlas hati jikalau bahasa tubuh beliau pada ketika itu memberikan gambaran kurang matang, atau terjeling sampai terjuling tidak suka melihat anda atau sebagainya~kerana tidak pernah terlintas di hati beliau untuk tidak menyukai anda mahupun Encik Tunang anda (ketika itu) malah beliau mendoakan kesejahteraan Encik Tunang anda (ketika itu) supaya menemui jodoh yang lebih baik dari saya~ dan Allah memakbulkan doanya itu~ Alhamdulillah~

terima kasih ye~ sangat menghargai post entry anda~ syukurlah anda hanya nampak ketenangan Encik Tunang anda (ketika itu)~ diharap ketenangan yang anda lihat itu berkekalan sampai bila-bila~ usah difikirkan terasa hati 'makcik' itu mahupun saya setelah apa yang dibuat oleh Encik Tunang anda (ketika itu)~ saya doakan anda berbahagia sehingga akhir hayat dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah~ semoga nama saya TIDAK akan lagi disebut di hadapan anda~ Aminnnnn~

*sehingga kini saya memikirkan mengapa 'makcik' itu, saya dan fiance saya
(kini) menghadiri majlis suami anda? oh ya, kerana saya menghormati ibu mertua anda~'



**other bloggers lain~sensitive issue, consideration? silap 'makcik' la kan?

0 *blurbs*:

Subscribe