perghhh tajuk sangat menakutkan tapi cuma ingin berkongsi thoughts (ape dalam melayu? ingatan? pendapat?haish~)
acapkali kita mendengar 'you are such a family to me; such a dear friend' atau seumpamanya daripada orang luar selain daripada ahli keluarga sendiri. pastinya kita rasa terharu kerana orang lain menghargai kita yang bukan mempunyai sebarang pertalian darah pun.
in my case, being the only daughter atau secara mudahnya anak tunggal, seronok dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi kita di kala sedih dan gembira (walaupun bukan semua) di samping ibu bapa dan abang sepupu saya sekeluarga yang telah saya anggap seperti abang saya sendiri.
tapi kadang-kadang kita alpa dengan kasih sayang seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah sehinggakan kita lupa bahawa mereka sebenarnya bukanlah ahli keluarga sebenar / adik beradik sendiri.oh saya bukan menceritakan tentang abang sepupu saya tapi lebih kepada mereka yang bukan di dalam family circle saya~
tapi selalunya apabila kita mula percaya dan sayang pada seseorang tu, kita ambil mudah dan anggap 'ok, die family saye, so tak kisah la ape pon'~ sehingga satu tahap apabila mereka kembali ke realiti, bersama dengan keluarga mereka yang sebenar, sebenarnya, siapalah kita? secara jujur, siapa kita di mata mereka? hakikatnya, kita adalah orang luar, bukan darah daging mereka.
kadang-karang terasa macam kita sanggup berkorban habis-habisan untuk orang lain~ yes! truly memang orang menghargai kesanggupan kita tu~ tapi at the end of the day~ siapa saya? apabila mereka dalam kesusahan, senantiasa kitalah orang pertama yang sanggup bersama mereka~ tapi apabila tiba detik kegembiraan, kita bukanlah orang yang pertama yang akan dikongsikan kegembiraan itu~ kerana apa? mungkin tak penting pon? atau tak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk? entah, saya sendiri tercari-cari jawapan persoalan itu sebab seringkali terperangkap di dalam situasi sebegitu.
sebelum ini, saya tidak pernah merasakan yang tiada siapa pun perlu kesiankan saya kerana saya seorang anak tunggal~sebab saya rasa tiada sebab kukuh untuk berperasaan sedemikian~ tidak pernah terdetik pun, tapi selepas solat tarawikh hari ini, entah mengapa tiba-tiba jauh di sudut hati saya, saya kasihankan diri saya sendiri~kerana apa? sebab ape? tak mampu saya menjawap persoalan itu~ mungkin saya telah melihat satu realiti yang membuka mata dan hati saya yang sebenarnya~
apabila menuju dalam persiapan hari bahagia saya (tetibe rase cam nak ketawa bila cakap skema cenggini~ cet! ;p) Alhamdulillah, saya dikurniakan ibu bapa yang sentiasa bersama saya, membantu saya (damn~tetibe rase nak nanges~sob!) dan rakan-rakan yang membantu saya tanpa henti~ tak tertaip saya nama-nama mereka. tapi acapkali juga terdetik di hati, certain things, hanya saya seorang saja yang mampu buat dan 'takda sapa nak tolong ko weh' detik hati kecil~ tidak terlintas saya nak menagih simpati, tapi situasi begitu pastinya ada~walaupun die mempunyai berjela-jela bilangan adik-beradik pon pasti akan mengalami situasi sedemikian~ dan saya tidak pernah merungut tentang itu~ sebab setiap orang ada perancangan masing-masing dan saya sangat menghormati keputusan itu~
adakalanya ada juga suara-suara 'alahai sian die, die tu dah lah anak tunggal, sape lah tolong die kan?' apabila terdengar suara-suara sumbang sebegitu, secara jujurnya, hati saya berderai~ seolah-olah memperkecilkan dan memperlekehkan kebolehan saya sebagai anak tunggal~ tp mungkin juga suara-suara itu berniat baik atau boleh dikatakan sebenarnya mengagumi kebolehan saya menguruskan segalanya seorang diri di samping bantuan ibu bapa saya~being in positive side la kan~
jadi pada saya, biarlah apa pun yang berlaku, yang penting kita dalam hidup kena sentiasa berpijak di bumi yang nyata~ siapa kita di mata dan hati orang lain~ pada saya, hanya ibu bapa kita sahaja yang betul-betul mengenali kita dan kasih sayang mereka sebenarnya yang memang tidak akan putus sehingga akhir hayat~
'Ya Allah, kau panjangkan umur ibubapaku dan berikanlah kesihatan yang baik buat mereka~ Kau perluaskan pintu rezeki dan permudahkan segala urusan mereka' Amin~



0 *blurbs*:
Post a Comment