i found this article on my bed. guess the 'closest' put it on my bed and wants me to read gist of it. haih~ might be the 'closest' scared that i'm gonna be Malaysia's Next Top Spinster. ehhehehehe~
Kemusykilan Anda Dijawab oleh Mohd. Yusof Abas
Saya seorang gadis remaja yang sedang berangan-angan memilih pasangan hidup yang sesuai sebagai suami yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Bagaimana caranya untuk memperolehi impian tersebut? - Suhana Hazrena, Seberang Perai, Pulau Pinang.
JAWAPAN: Anda sekarang baru meningkat remaja, oleh itu bertenanglah kerana masih panjang lagi masa hadapan anda dan bertindaklah secara matang dan sabar. Jangan sekali-kali anda bersikap gopoh, terutama mengenai teman pilihan hidup kita, yang telah ditentukan Allah S.W.T. sejak dari azali lagi.
Ini kerana jodoh seseorang itu akan ketemu juga apabila tiba masa yang telah ditentukan itu. Tetapi dalam memilih bakal suami ini saya dapat gariskan sedikit panduan untuk renungan anda. Iaitu anda jadilah seorang gadis idaman kaum lelaki dahulu sebelum anda dapat menarik perhatian mereka yang menjadi idaman anda. Sebab lelaki biasanya tidak akan tertarik dengan mereka yang tidak ada sifat yang menawan tersebut. Sebagai contohnya, biasanya lelaki tidak suka gadis yang selalu bergayut di telefon, gadis yang terlalu ramai kawan lelaki, gadis yang tidak pandai masak dan tidak suka ke dapur, gadis yang suka berbelanja besar, dan berpoya-poya, gadis yang tidak jujur atau tidak ikhlas.
Jesteru itu berhati-hatilah dan jadilah wanita yang baik, sopan dan beradab lagi beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman. Bukan maksud saya anda tidak boleh bebas. Kerana kebebesan yang telah diberikan Islam itu kepada kaum wanitanya amatlah luas dan tinggi, tidak ada kebebasan lain yang lebih tinggi daripadanya. Wallahualam.
i guess i'm the lucky one who have read this article. bang bang bang! like mesingan i tell u ~ no wonder~ yup! thinking too much again....
~aNiSr~


0 *blurbs*:
Post a Comment